Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
“MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt
ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya
turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan
di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di tangguhkan
kematiannya sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq”
manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn
jelas.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanya sebelah kanan, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga
dan Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)Ada beberapa ciri
perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda; Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahan kayu yg rimbun.Dan tandanya yg paling ketara sekali
ada duaertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg
kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini
dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diriDajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
LOKASINYA
Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”,
bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah
pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis..
andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
RIWAYATNYA
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah
sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14
bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami
bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di mukabumi
ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari.
Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan
hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu
37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya lagi:
Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah
cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu sahaja).
Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan.
Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
DOKTRIN AD-DAJJAL
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa.
Di antarakemampuan Dajjal ialah:
- Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” H.R IbnuMajah.
- Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
- Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R MuslimNamun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
- Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
0 komentar:
Posting Komentar